Thursday, June 6, 2013

Electrical Installation

A) Electrical Installation
1. Lighting Installation
Stage ini adalah untuk merekabentuk lampu  yang akan dipasang didalam bangunan dari segi kuantiti dan jenis mengikut kesesuaian dan keluasan bilik didalam bangunan ini.

Sebelum kerja merekabentuk dijalankan, kita perlu mengetahui formula dibawah yang berfungsi untuk mengetahui jumlah lampu yang akan dipasang didalam bilik/ruang di dalam bangunan supaya kecerahan yang sesuai dapat dihasilkan selain dari ianya perlu berpandukan piawaian yang ditetapkan.


Nilai keluasan bilik diambil dengan (panjang x lebar) dalam unit meter persegi, m2. Lux pula perlu dirujuk pada table MS 1525 2007 seperi dibawah. Lighting lumens pula boleh dirujuk pada .Specification Data  Sheet' lampu. Nilai Lumens setiap lampu adalah berbeza.


Untuk mengetahui jalan kiraan bagi pengiraan keperluan bilangan lampu ini, ianya dapat ditunjukkan seperti dibawah. Saya akan mengambil satu (1) ruang bilik yang terdapat didalam bangunan ini.

Nama Bilik: Bilik Surgery
Keluasan bilik 16 meter persegi
Lampu: 2 x 18W mirror recessed type (2700 Lumens) 
Lux: 500

Langkah pengiraan di atas perlu diulang untuk setiap bilik bagi membolehkan kuantiti yang ideal dapat dipasang di tapak. Pengiraan awal ini boleh mengelakkan bilik tidak memenuhi keperluan standard pencahayaan yang diperlukan. Untuk memudahkan proses pengiraan ini, anda boleh mencipta jadual sendiri menggunakan 'excell' bagi memudahkan pengiraan yang berulang ini. Contoh format jadual pengiraan lux adalah seperti dibawah.


Kini telah terdapat di dalam pasaran Software bagi pengiraan Lux Level ini dari pengeluar lampu. Contohnya seperti Software DiaLux. Software ini amatlah berguna selain ketepatan, simulasi awal dapat ditunjukkan dalam bentuk gambarajah supaya gambaran awal dapat ditunjukkan kepada pemilik bangunan.

AutoCAD-Plot Setup & Publish (Lesson Learn)

 Harini nak share sikit berkenaan AutoCAD. cara nak buat plot setup & publish. step ni amat penting sekiranya kita perlu print menggunak...