Monday, December 3, 2012

Klinik Pergigian Teluk Wanjah

No.1 - Pengenalan Projek

Projek ini terletak di daerah kota setar, alor setar kedah darul aman. Ini merupakan projek pertama saya yang melibatkan Bangunan Kesihatan (Pergigian). Seperti yang semua maklum, projek-projek yang melibatkan Bangunan Kesihatan merupakan projek yang akan mencabar untuk menyiapkannya.

Setelah mendapat tugasan ini, perkara yang pertama yang perlu di lakukan adakah mengenalpasti lokasi tapak pembinaan ini (Lawatan Tapak). Sebab-sebab utama pergi lawatan tapak adalah:-

1. Membuat 'marking' terhadap servis-servis yang terdapat berhampiran tapak cadangan pembinaan seperti TNB Substation, tiang-tiang TNB, Manhole Telekom JC9/C, JB30, tiang-tiang Telekom, Paip-paip air sediada dan sebagainya.

2. Laporan keadaan tapak perlu dibuat untuk di serahkan kepada pelanggan berkenaan dengan info-info yang di peroleh di tapak. Ini sangat penting kerana ianya mungkin akan melibatkan tambahan dari segi kos projek, contohnya jika kawasan yang agak terpinggir tambahan kos adalah diperlukan untuk pemasangan paip-paip air, saluran telefon, Kabel elektrik dan sebagainya. Dalam kes Klinik Pergigian Teluk Wanjah ini, di dapati terdapat beberapa tiang TNB dan tiang Telekom yang perlu diubah kedudukannya kerana kedudukannya yang berada di atas cadangan tapak pembangunan. Di samping itu, terdapat juga paip air yang perlu di buat pengubahsuaian lokasi. (Rujuk Post saya sebelum ini-Laporan Lawatan Tapak Klinik Teluk Wanjah)

3. Memaklumkan kepada pihak Jurukur Bahan (QS) berkenaan dengan anggaran kos tambahan yang perlu dimasukkan kedalam kontrak iaitu kos pengubahan tiang-tiang elektrik dan telekom sediada serta paip air yang terdapat dalam kawasan cadangan pembinaan. Untuk projek ini, terdapat keperluan untuk tambahan kos pengubahan kedudukan tiang elektrik TNB dan Telekom.

Kebiasaannya, pada masa ini pihak 'Lead Consultant' iaitu Arkitek akan mengadakan Mesyuarat dengan semua pihak iaitu Pengguna (KKM Bahagian Pergigian), Penguasa (KKM Bahagian Projek), Jurutera Struktur, Juruukur Bahan, dan kami selaku Jurutera M&E. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan kehendak-kehendak pengguna berkenaan dengan Rekabentuk, Sistem M&E yang perlu ada di dalam Klinik Pergigian ini dan sebagainya.

Bagi Skop M&E, pihak pengguna memerlukan perkara-perkara berikut bagi membolehkan Klinik Pergigian ini dapat beroperasi:-

A) Electrical Installation
1. Lighting Installation
2. Small Power Installation
3. Compound Lighting Installation
4. Lightning Protection Installation
5. Telephone Installation
6. Computer/Data Installation
7. Public Address System
8. SMATV System
9. Card Access System
10. Audio & Visual System for Meeting Room
11. Audio Conference System for Meeting Room
12. QMS System (Queue Management)

B) Mechanical Installation
1. ACMV System (Air-Conditioning & Mechanical Ventilation)
2. Fire Protection System
3. Internal Cold Water System
4. Internal Sanitary System
5. Compress Dry Air System (Medical Type) for Dental Chair
6. Suction System for Dental Chair
7. LPG System

Selepas mendapat info dari pihak pengguna, langkah seterusnya adalah Merekabentuk Sistem M&E untuk dikemukakan kepada KKM (Bahagian Projek) untuk semakan.

Saya akan menerangkan langkah-langkah untuk rekabentuk ini pada 'Post' yang akan datang. Sekian, wslm..




AutoCAD-Plot Setup & Publish (Lesson Learn)

 Harini nak share sikit berkenaan AutoCAD. cara nak buat plot setup & publish. step ni amat penting sekiranya kita perlu print menggunak...